Avokado atau nama saintifiknya Persea americana merupakan tumbuhan yang berasal dari Mexico dan Amerika Tengah dan kini semakin popular dihasilkan di negara Australia.
Isi buahnya berwarna kuning kehijauan dan mempunyai biji yang agak besar di tengah menjadikan avokado buah yang sangat digemari dan sering dijadikan sebagai bahan premium untuk pelbagai diet mereka termasuk pasta, jem roti dan perasa minuman. Menurut Pesuruhjaya Perdagangan Australia, Caitlin Noble buah avocado yang dihasilkan oleh Australia secara konsisten menghasilkan buah yang bermutu tinggi kepada penggemarnya di Malaysia.